Nikmati Perjalanan Lebih Lancar dengan AirAsia MOVE
Fleksibiliti menjadi pertimbangan utama bagi pengembara masa kini. Dalam era di mana corak perjalanan yang boleh berubah mengikuti keadaan semasa, lebih ramai pelancong beralih kepada aplikasi perjalanan yang lebih bersepadu untuk menguruskan perjalanan mereka, termasuk perubahan rancangan perjalanan.
Menyedari peralihan ini, AirAsia MOVE memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada para pengembara yang menempah penerbangan AirAsia melalui applikasi AirAsia MOVE. Melangkaui fungsi tempahan perjalanan, kemas kini terbaharu platform di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE bertujuan untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
1x Fi Pertukaran Percuma (1x Zero change fee)
Rancangan perjalanan boleh berubah, 1x Fi Pertukaran Percuma merupakan ciri yang baharu dilancarkan di mana ia membolehkan pengembara menukar tarikh dan masa penerbangan sama ada untuk penerbangan sehala atau pergi balik AirAsia tanpa membayar yuran penukaran. Walaupun pengembara masih perlu membayar sebarang perbezaan tambang, cukai, atau caj lain yang berkenaan, pemansuhan yuran penukaran ini secara efektif memberi fleksibiliti dalam proses tempahan perjalanan. Ciri ini sebelum ini tidak tersedia bagi kebanyakan pengembara yang mementingkan bajet.
Ciri 1x Fi Pertukaran Percuma ini terpakai untuk semua tempahan penerbangan AirAsia (kecuali pakej SNAP dan Premium Flex) yang dibuat secara eksklusif di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE dari 27 April 2026 dan seterusnya.
Bagi mereka yang memerlukan fleksibiliti yang lebih untuk tempahan mereka, Easy Cancel merupakan ciri tambahan yang tersedia untuk ditambah (add-on) oleh pengembara semasa membuat tempahan. Ciri ini membolehkan pengembara membatalkan penerbangan sehingga 48 jam sebelum waktu berlepas atas apa jua alasan. Pengguna boleh menerima bayaran balik sehingga 80%, termasuk tambang asas, cukai, dan perkhidmatan tambahan, dengan bayaran balik diproses dalam masa 10 hari. Tambahan ini secara efektif menghapuskan risiko membuat tempahan awal pada masa yang tidak menentu.
Ansuran 0% untuk SNAP! (Penerbangan+Hotel)
Untuk mengurangkan halangan bagi tempahan gabungan penerbangan-dan-hotel, AirAsia MOVE juga telah menyediakan pilihan ‘Ansuran 0%’. Ini membolehkan pengguna membahagikan pembayaran mereka kepada ansuran tanpa faedah 0% sehingga 3 atau 6 bulan. Ciri ini tertakluk kepada tempahan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500, tersedia untuk kad kredit terpilih, dan terpakai untuk pengguna di Malaysia dan Thailand sahaja. Dengan menghapuskan keperluan untuk pembayaran penuh di awal tempahan, ia menjadikan percutian lebih mudah diakses di samping mengurangkan bebanan kewangan bagi pengembara.
Daftar Masuk Dalam Talian & Status Penerbangan Masa Nyata
Sebagai platform tempahan rasmi AirAsia, AirAsia MOVE menawarkan daftar masuk dalam talian yang lancar bagi pengembara penerbangan AirAsia, tersedia sehingga 14 hari sebelum waktu berlepas beserta kemaskini status penerbangan pada masa nyata. Pengembara boleh menjana pas masuk elektronik (e-boarding pass), menguruskan tempahan dan menerima kemas kini segera secara terus di dalam aplikasi, lantas mengurangkan ketidakpastian dan menawarkan ketenangan minda sepanjang perjalanan.
Semakan Visa Automatik (AVC)
Bagi mereka yang menuju ke luar negara yang memerlukan visa, ciri Semakan Visa Automatik (AVC) bertujuan untuk mengelakkan kesesakan yang sering berlaku di kaunter daftar masuk. Pengembara boleh mengesahkan status visa mereka pada masa nyata semasa tempoh daftar masuk dalam talian—dari 14 hari sehingga satu jam sebelum waktu berlepas. Sebaik sahaja disahkan, pas masuk elektronik akan dikeluarkan serta-merta, membolehkan penumpang melepasi semakan dokumen manual di kaunter lapangan terbang dan terus menuju ke balai pelepasan.
Dalam landskap perjalanan yang dipacu oleh kespontanan, alat digital, dan perancangan mengutamakan pengalaman, tempahan yang fleksibel bukan lagi sekadar ciri tambahan, ia merupakan asas kepada pengembaraan moden.
Untuk perkembangan terkini, pengembara digalakkan untuk mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Para tetamu juga boleh mengakses pembantu maya 'AskBo' melalui aplikasi AirAsia MOVE untuk sokongan masa nyata berkaitan tempahan, perubahan jadual, dan pertanyaan perjalanan umum.
*** TAMAT ***