ikhlas.com perluas ekosistem gaya hidup Muslim, lancar Half Marathon pertama
Pendaftaran kini dibuka, seru rakyat Malaysia “Run with Purpose, Every Step Matters”
KUALA LUMPUR, 26 Jun 2026 - Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) terus memperkukuh peranannya sebagai platform gaya hidup Muslim yang komprehensif dengan melancarkan ikhlas.com Half Marathon 2026, sebuah inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan, kecergasan dan gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Berpandukan slogan “Run with Purpose, Every Step Matters”, acara ini mencerminkan komitmen ikhlas.com dalam menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkukuh komuniti melalui satu gerakan berteraskan tujuan yang menumpukan kepada kecergasan, kesejahteraan dan pembangunan diri.
Bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 6 Disember 2026, acara ini dijangka menghimpunkan ribuan peserta dari seluruh negara dalam satu gerakan komuniti yang meraikan kecergasan, ketahanan diri dan kesejahteraan. Melalui platform ini, ikhlas.com berharap dapat menginspirasikan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang sihat dan seimbang.
Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: "Walaupun ikhlas.com dikenali luas sebagai penyedia perkhidmatan untuk komuniti Muslim dalam bidang perjalanan, nilai keagamaan dan gaya hidup, visi kami sejak awal adalah untuk membina sebuah ekosistem gaya hidup Muslim yang menyeluruh, yang menyokong keperluan umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan.
“Kesihatan dan kesejahteraan adalah antara aspek penting dalam kehidupan yang seimbang. Dalam Islam, menjaga kesihatan bukan sekadar pilihan tetapi satu amanah yang perlu dipelihara. Melalui ikhlas.com Half Marathon, kami mahu menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan sihat sambil menyatukan komuniti melalui satu tujuan yang sama.”
ikhlas.com Half Marathon turut mencerminkan peningkatan populariti larian sebagai gaya hidup, khususnya dalam kalangan generasi muda, serta memanfaatkan trend ini untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesejahteraan fizikal dan mental. Acara ini direka sebagai platform inklusif yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, umur dan latar belakang, sekali gus menghimpunkan komuniti melalui minat bersama terhadap kecergasan, ketahanan dan pencapaian diri.
Peserta boleh memilih daripada tiga kategori larian iaitu 5 kilometer (km), 10km dan 21km, yang sesuai untuk pelbagai tahap kecergasan dan pengalaman. Pendaftaran kini dibuka kepada orang ramai dengan kadar early bird bermula 26 Jun hingga 2 Julai 2026:
Pendaftaran biasa akan teruskan pada 3 Julai hingga 16 Ogos 2026, diikuti pendaftaran lewat dari 17 Ogos hingga 15 Oktober 2026. Orang ramai boleh mendaftar melalui laman web rasmi acara bermula 26 Jun 2026.
ikhlas.com Half Marathon dijangka menjadi acara tahunan ikonik yang memperkukuh hubungan antara kesejahteraan, penglibatan komuniti dan kehidupan berteraskan tujuan, di samping mengukuhkan komitmen ikhlas.com dalam mencipta pengalaman bermakna yang memberi impak positif kepada masyarakat.
Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim, di samping perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, korban, aqiqah, sedekah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store.