AirAsia MOVE, Intebix, dan Solana Foundation Jalin Kerjasama Terokai Integrasi Stablecoin di Kazakhstan

Photo caption: (L-R) Lim Ben Jie, Chief People and Partnerships Officer, AirAsia MOVE; Talgat Dossanov, Chief Executive Officer, Intebix; Anna Yiran Zhang, Head of Payment Growth, APAC, Solana Foundation at the LOI signing in conjunction with Solana Summit Kazakhstan.

ALMATY, 22 Mei 2026 – AirAsia MOVE, Intebix, dan Solana Foundation hari ini menandatangani surat hasrat (LOI) untuk menerokai kerjasama strategik bagi membolehkan integrasi Evo (KZTE); iaitu stablecoin bersandarkan mata wang Tenge di rangkaian Solana, ke dalam platform AirAsia MOVE di Kazakhstan. Langkah ini bertujuan untuk meluaskan pilihan pembayaran digital dan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih lancar.

Dengan menggabungkan rangkaian pengedaran perjalanan meluas AirAsia MOVE sebagai peneraju platform perjalanan di Asia yang mempunyai lebih 17 juta pengguna aktif bulanan (MAU), bersama infrastruktur aset digital berlesen oleh Intebix serta teknologi blockchain peneraju industri oleh Solana, inisiatif ini bertujuan untuk mengkaji kebolehgunaan dalam dunia sebenar dan kes penggunaan berfokuskan perjalanan bagi stablecoin Evo.

Di bawah inisiatif ini, AirAsia MOVE dan Intebix akan bekerjasama untuk menilai struktur teknikal, mekanik penyelesaian, dan penyelarasan kawal selia yang diperlukan untuk menguji Evo di Solana dalam ekosistem AirAsia MOVE di Kazakhstan. Inisiatif ini membuka ruang buat pengalaman digital yang lebih fleksibel dan inovatif, yang berpotensi membolehkan pengguna menggunakan aset digital merentasi ekosistem perjalanan global AirAsia MOVE.

Lim Ben-Jie, Ketua Pegawai Sumber Manusia dan Rakan Kongsi AirAsia MOVE, berkata,"Inisiatif ini mencerminkan matlamat AirAsia MOVE untuk mentakrifkan masa depan perdagangan perjalanan melalui inovasi dan teknologi baharu yang sedang berkembang. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Intebix dan Solana Foundation untuk menerokai inisiatif rintisan ini, yang dijayakan melalui AirAsia Next—iaitu cabang jenama dan inovasi ekosistem Capital A. Menerusi  penerokaan utiliti stablecoin Evo serta laluan kawal selianya, kami bukan sahaja melihat kepada masa depan pembayaran digital, malah memperkukuh posisi kami sebagai salah satu agensi pelancongan dalam talian yang paling berpandangan jauh dan inovatif di rantau ini. Memandangkan penerimaan aset digital semakin berkembang di peringkat global, langkah ini akhirnya boleh membolehkan pengguna dari pasaran seperti Kazakhstan menempah penerbangan dan hotel dengan lancar di AirAsia MOVE menggunakan aset digital seperti stablecoin."

Talgat Dossanov, Ketua Pegawai Eksekutif Intebix, berkata, "Di Intebix, kami percaya aset digital mesti menyelesaikan masalah sebenar untuk mencapai penerimaan meluas. Melalui kerjasama ini, kami menerokai bagaimana stablecoin Evo dapat mencipta pengalaman pembayaran yang lebih pantas dan kurang halangan untuk pengguna, sambil mengekalkan kepatuhan dalam rangka kerja kawal selia di Kazakhstan. Bersama AirAsia MOVE dan Solana Foundation, kami sedang membina kes penggunaan praktikal yang membawa teknologi blockchain melangkaui spekulasi dan terus ke dalam utiliti harian."

Anna Yiran Zhang , Ketua Pertumbuhan Pembayaran, APAC, Solana Foundation, menambah, "Solana dibina untuk aplikasi gred institusi berkelajuan tinggi yang memerlukan penyelesaian segera (near-instant finality) dan kos yang rendah. Kami amat teruja untuk menyokong AirAsia MOVE dan Intebix dalam inisiatif ini. Projek ini menunjukkan impak dunia sebenar teknologi blockchain dalam mengubah cara pengguna harian berinteraksi dengan aset digital melalui kes penggunaan praktikal dan berfrekuensi tinggi seperti pelancongan."

Inisiatif yang dicadangkan ini akan memberi tumpuan untuk memastikan projek tersebut memenuhi semua keperluan kawal selia di Kazakhstan. Semua pihak kini akan memulakan tempoh penilaian rasmi berhubung kelayakan teknikal, undang-undang, dan komersial projek berkenaan di dalam medan ujian (sandbox) regulatori Bank Negara Republik Kazakhstan, dengan hasrat untuk mewujudkan perjanjian muktamad bagi fasa rintisan.

Stablecoin Evo telah dilancarkan oleh Intebix di Solana, bersama Mastercard dan Eurasian Bank pada tahun 2025. Ia merupakan stablecoin denominasi tenge pertama yang dilancarkan dalam medan ujian (sandbox) regulatori  Bank Negara Republik Kazakhstan untuk aset digital.

Sebagai platform perjalanan digital Capital A, inisiatif yang dicadangkan oleh AirAsia MOVE dengan fasilitasi daripada AirAsia Next ini adalah selaras dengan misi syarikat kumpulan untuk menyampaikan pengalaman yang lebih bijak, pantas dan lebih terhubung merentasi ekosistemnya, sekali gus memperkukuh keupayaan untuk berkhidmat kepada pelanggan dan rakan kongsi dengan kecekapan serta inovasi yang lebih tinggi.

***

About AirAsia MOVE

AirAsia MOVE (MOVE), is Capital A’s travel platform and voted Asia’s Best Travel Booking App at the World Travel Tech Awards for three consecutive years since 2023. It envisions a comprehensive travel ecosystem, offering affordable, seamless, and personalised travel experiences across Asean and beyond. As a travel platform, MOVE offers over 700 global airlines and more than a million hotels worldwide, alongside a full suite of travel services including airport transfers, travel insurance, duty-free shopping, attractions, live-events ticketing, and more. The platform aims to be a social experience for travellers, evolving into a robust community to facilitate discovery and conversational commerce, complemented by a strong loyalty programme and the AI-driven AskBo chatbot.

About Intebix

Intebix is a fully licensed digital asset exchange and infrastructure provider operating in Kazakhstan. The company focuses on building regulated blockchain-based financial infrastructure and advancing the adoption of digital assets through compliant, real-world applications. Intebix is the issuer of Evo (KZTE), Kazakhstan’s first tenge-denominated stablecoin launched within the National Bank of Kazakhstan’s digital asset regulatory sandbox, in collaboration with Solana, Mastercard and Eurasian Bank.

Previous
Previous

AirAsia MOVE、Intebix 与 Solana Foundation 合作探索在哈萨克斯坦整合稳定币支付方案

Next
Next

ikhlas.com opens Johor branch, sponsors 100 asnaf for umrah with RM150,000 in pocket money contributions from MAINJ