Hari Raya 2026: AirAsia MOVE dedah perubahan aliran semasa perjalanan pulang ke kampung dan percutian 

Berkongsi penginapan, tempahan penerbangan sehala - pengembara kini lebih mengutamakan fleksibiliti, perancangan kolektif dan nilai lebih berpatutan

KUALA LUMPUR, 17 Mac 2026 – Menjelang ketibaan musim Hari Raya 2026, perjalanan pulang ke kampung dan percutian sekali lagi dijangka bakal menyaksikan salah satu pergerakan bermusim terbesar, terutamanya bagi lebih 260 juta umat Islam di seluruh Asia Tenggara.

Berdasarkan corak tempahan bagi tempoh perjalanan Hari Raya dari 15 hingga 28 Mac 2026, AirAsia MOVE (MOVE) telah mengenal pasti tiga aliran semasa utama yang menonjolkan bagaimana pengembara di seluruh Asean mencorak perjalanan mereka bersempena salah satu sambutan keagamaan terbesar di rantau ini.

1.  Tempahan kombinasi pelbagai syarikat penerbangan & tempahan sehala

Musim Raya 2026 didominasi oleh fleksibiliti yang lebih tinggi dalam cara pengembara merancang penerbangan mereka. Ramai pengembara kini menggabungkan syarikat penerbangan yang berbeza bagi perjalanan pergi dan balik. Rata-rata juga memilih untuk menempah perjalanan sehala terlebih dahulu dan memutuskan perjalanan pulang kemudian.

Di platform MOVE yang menawarkan akses kepada lebih 700 syarikat penerbangan global, sebilangan besar pengembara didapati menggabungkan syarikat penerbangan yang berbeza bagi perjalanan mereka. Pada masa yang sama, hampir 300,000 tempat duduk sehala telah terjual bagi kedua-dua perkhidmatan penerbangan tambang rendah dan perkhidmatan penuh. Aliran semasa ini mencerminkan perancangan keluarga yang semakin dinamik serta usaha pengembara untuk mengimbangi turun naik harga tiket penerbangan semasa musim puncak.

2. Penginapan pelbagai bilik semakin popular

Memandangkan perbelanjaan keperluan Hari Raya dan kadar hotel yang lazimnya meningkat pada musim perayaan, pertimbangan kos telah mengubah pilihan penginapan. Pengembara yang pulang bersama keluarga besar menunjukkan kecenderungan yang lebih kuat terhadap pilihan penginapan yang boleh menampung kumpulan pengembara besar dalam satu unit, seperti vila, pangsapuri servis, atau suite hotel dengan pelbagai bilik. Berbanding menempah bilik secara berasingan, keluarga kini lebih gemar berkongsi satu hartanah bagi membolehkan kos perjalanan diagihkan dengan lebih cekap.

Melalui aplikasi MOVE, pengguna boleh menyatakan bilangan dewasa dan kanak-kanak dengan mudah semasa menempah hotel atau pakej SNAP. Platform ini kemudiannya akan mengesyorkan jenis penginapan yang sesuai dan melaraskan bilangan bilik yang diperlukan secara automatik, sekali gus memudahkan urusan perancangan pengembaraan bagi keluarga dan perjalan secara berkumpulan.

3. Keselesaan kekal keutamaan, namun perbelanjaan lebih terancang

Satu lagi perubahan ketara menunjukkan keputusan perbelanjaan yang lebih berhati-hati tanpa mengabaikan kepentingan perjalanan itu sendiri. Walaupun tradisi pulang ke kampung atau bercuti pada musim perayaan, pengembara kini membuat penyesuaian praktikal, termasuk memilih pilihan penginapan yang lebih berpatutan.

Dalam tempoh ini, purata perbelanjaan tempahan hotel di MOVE adalah sebanyak RM262 semalam, menunjukkan pilihan terhadap penginapan yang kekal selesa namun menawarkan nilai yang lebih baik. Corak ini membuktikan bahawa walaupun tradisi pulang ke kampung untuk Hari Raya kekal mendalam, pengembara kini semakin bijak menguruskan bajet mereka.

Sebagai menyokong perubahan aliran semasa ini, MOVE memperkenalkan kempen khas Raya dengan tawaran diskaun sehingga RM68 untuk SNAP (penerbangan + hotel) dan RM58 bagi tempahan hotel sehingga 29 Mac, bagi membantu pengembara percutian yang bermakna atau perjalanan pulang ke kampung halaman.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Bagi industri pelancongan, aliran semasa ini memperkukuh kepentingan menawarkan pilihan yang lebih luas, harga yang telus dan fleksibiliti tinggi. Di MOVE, kami melihat momentum perjalanan dalam tempoh ini sebagai peluang untuk memudahkan mobiliti merentas Asean, membolehkan orang ramai meraikan tradisi sambil merancang perjalanan mereka dengan lebih bijak dan cekap.”

Secara keseluruhannya, aliran semasa ini menunjukkan bahawa Hari Raya 2026 bukan sekadar musim puncak perjalanan, malah ia mencerminkan perubahan tingkah laku pengguna di seluruh Asean di mana keputusan perjalanan kini lebih bersifat kolektif, strategik dan berorientasikan nilai.

### TAMAT ###

Previous
Previous

Dari Emansipasi ke Eksplorasi: Perempuan Mengubah Lanskap Industri Perjalanan Global

Next
Next

Hari Raya 2026: AirAsia MOVE reveals how Asean travellers reshape their travel and homecoming journeys