AirAsia MOVE dinobatkan sebagai Inovator Digital Tahunan di Aviation Festival Asia 2026
Photo caption: AirAsis MOVE team led by Lim Ben-Jie, Chief People & Partnerships Officer (right) accepted the award from Sohail Ali, Aviation Consultant and AFA Award presenter (middle) at Aviation Festival Asia Keynote Stage yesterday.
SINGAPURA, 26 Mac 2026 – AirAsia MOVE (MOVE) telah dinobatkan sebagai ‘Inovator Digital Tahunan’ (Digital Innovator of the Year) di Majlis Anugerah Aviation Festival Asia 2026. Majlis anugerah yang diadakan pada hari Rabu lepas, mengenal pasti inovasi platform AirAsia MOVE dalam mengubah corak tempahan perjalan digital di rantau ini.
Selain menawarkan penerbangan ke lebih 700 syarikat penerbangan dan lebih dari satu juta pilihan penginapan, MOVE dikuasai oleh penambahbaikan kecerdasan buatan chatbot AI AskBo, permukaan aplikasi yang baharu, dan tawaran yang menakjubkan seperti MOVETIX, platform jualan tiket acara langsung dan produk Easy Cancel.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE berkata, “Muncul sebagai pemenang di antara peneraju industri yang lain seperti Qatar Airways dan Changi Airport Group, kemenangan ini mengukuhkan posisi MOVE sebagai peneraju inovator tempahan perjalanan. Dengan lebih 15 juta pengguna aktif, pencapaian ini amat menggalakkan bagi kami untuk terus menawarkan perjalanan berpatutan, dan membolehkan para pengguna kami meneroka dengan lebih berpatutan. Kemenangan ini adalah bukti kerja keras staff kami (Allstars) dan kepercayaan oleh para pengguna, rakan kerjasama dan mereka yang mengundi kami.”
Peringkat yang seterusnya buat MOVE adalah untuk lebih fokus terhadap penerokaan sosial yang membolehkan para pengguna mencari inspirasi melalui kandungan dan terus menempah dengan mudah dalam satu tempat. Sebagai platform tempahan perjalanan MOVE komited untuk terus memberi inspirasi dan keinginan untuk terus meneroka dan menghubungkan para pengembara bersama.
Untuk maklumat terkini, ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi daripada Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lancar dan lebih baik.
***