AirAsia MOVE Jalin Kerjasama dengan Bintang Muda Skuasy Malaysia, Erwin Kros
(Left to right) Professional Squash Athlete, Erwin Kros and CEO of AirAsia MOVE, Nadia Omer.
KUALA LUMPUR, 1 April 2026 – AirAsia MOVE (MOVE), platform perjalanan terkemuka rantau ini, hari ini mengumumkan kerjasama baharu dengan bintang muda skuasy Malaysia yang semakin meningkat naik, Erwin Kros. Kolaborasi ini merupakan langkah pertama di bawah inisiatif ‘Rise Without Limits’ oleh MOVE, sebuah kempen oleh syarikat OTA tersebut dalam menyokong bakat muda yang berani mencabar diri untuk mencapai potensi sebenar mereka.
Sepanjang tahun 2026, MOVE telah menyokong perjalanan, penginapan, dan kelengkapan sukan skuasy Erwin ketika beliau bertanding di peringkat antarabangsa di Sri Lanka, Uzbekistan, dan Singapura.
Nadia Omer, CEO AirAsia MOVE berkata, “Erwin melambangkan semangat kental dan keberanian untuk bermimpi yang menjadi teras identiti MOVE. Kami percaya apabila atlet muda diberikan sokongan yang betul, impian mereka boleh pergi lebih jauh. Kami amat berbangga dapat menyokong beliau dalam membawa arena skuasy Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”
Kerjasama ini hadir pada waktu yang tepat ketika Malaysia sedang membina semula legasi ikon sukan seperti Datuk Nicol David, terutamanya apabila sukan skuasy bakal membuat penampilan sulung di Sukan Olimpik 2028. Erwin Kros kini berada di barisan hadapan dalam usaha beliau untuk bangkit dalam sukan ini. Beliau kini memegang ranking No. 1 di Selangor dan No. 20 di Asia (Bawah 19 tahun), serta baru sahaja memenangi kejohanan Sri Lanka Junior Open.
“Saya telah memberikan seluruh jiwa raga saya kepada sukan ini sejak berumur enam tahun. Saya membesar dengan kepercayaan bahawa atlet Malaysia mampu bersaing dengan sesiapa sahaja di dunia. Sokongan daripada MOVE memberikan saya keyakinan untuk terus berusaha lebih keras dan melampaui batas kemampuan saya,” kata Erwin, atlet yang berumur 17 tahun.
Beliau menambah, “Setiap kejohanan adalah peluang untuk membanggakan Malaysia, dan saya akan terus berani mengejar impian saya.”
Selepas ini, MOVE akan terus menyokong Erwin di kejohanan 2nd Touch 'n Go SRAFTL International Junior Open Squash Championship 2026 di Kuala Lumpur (1-5 April) dan Negeri Sembilan Junior Open 2026 (7-11 April).
Selama bertahun-tahun, AirAsia MOVE telah memudahkan urusan perjalanan buat jutaan orang, dan kini komited untuk melakukan perkara yang sama bagi menyokong generasi juara Malaysia yang akan datang.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih mudah.