MOVE perkukuh posisi di Asia Selatan melalui kerjasama terus dengan IndiGo, Air India dan US-Bangla Airlines
KUALA LUMPUR, 2 April 2026 – Aplikasi tempahan perjalanan terkemuka Asia, AirAsia MOVE (MOVE), kini memperluas rangkaian rakan kongsi syarikat penerbangan terus dengan penyertaan IndiGo, Air India, dan US-Bangla Airlines. Kerjasama ini membawakan tiga syarikat penerbangan paling popular di rantau tersebut terus ke platform MOVE.
Rantau Asia Selatan terus menunjukkan peningkatan dalam sektor pelancongan, mobiliti perniagaan, aliran pelajar, serta kunjungan ahli keluarga dan rakan (VFR). Laluan yang menghubungkan Kuala Lumpur, Bangkok, dan bandar-bandar Asean lain ke destinasi seperti Delhi, Mumbai, Kolkata, dan Dhaka terus menerima permintaan tinggi selaras dengan hubungan ekonomi dan budaya yang semakin erat.
Bagi para pengguna, penambahan ini bermakna lebih banyak pilihan, harga yang lebih kompetitif, dan kemudahan untuk menguruskan keseluruhan perjalanan pelbagai bandar (multi-city) melalui satu aplikasi iaitu AirAsia MOVE.
Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata: “Asia Selatan adalah salah satu rantau pelancongan paling menarik di dunia dengan bandar yang ceria, budaya yang kaya, serta pengalaman makanan yang hebat. Kami amat teruja memulakan tahun 2026 dengan bekerjasama secara terus bersama IndiGo, antara syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) terbesar, serta syarikat penerbangan perkhidmatan penuh utama seperti Air India dan US-Bangla Airlines. Ini membolehkan kami menawarkan akses laluan yang lebih luas dan pengalaman tempahan yang lebih lancar untuk pengguna kami – daripada penerbangan dan hotel hingga ke tempahan aktiviti, semuanya di dalam aplikasi MOVE.
“Sama ada untuk perjalanan perniagaan ke Mumbai atau Delhi, pulang bertemu keluarga di Dhaka, atau menerokai bandar utama yang lain, MOVE menjadikan perjalanan rentas sempadan lebih mudah dan ringkas.”
Air India, IndiGo, dan US-Bangla Airlines kini menyertai 70 syarikat penerbangan global lain yang telah bekerjasama secara terus dengan MOVE. Peningkatan kerjasama ini mengukuhkan komitmen MOVE untuk menjadi agensi pelancongan dalam talian (OTA) pilihan utama di rantau ini. Selain rakan kongsi terus ini, MOVE juga menawarkan pilihan kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sah. Bukan sekadar penerbangan, platform ini turut menyediakan akses kepada lebih 1 juta hotel, pengangkutan lapangan terbang, beli-belah bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan, dan pelbagai lagi.
Syarikat penerbangan yang berminat untuk tersenarai di platform OTA MOVE boleh melayari pautan di sini untuk maklumat lanjut.
Untuk perkembangan terkini, ikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Muat turun aplikasi di Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lebih mudah dan lancar.
### TAMAT ###