Korban Perdana ikhlas.com Musim ke-7 capai skala terbesar, lonjakan penyertaan korporat tahun ini

Keterangan gambar: Ketua Pegawai Eksekutif, Ikhlas Kamarudin dan Penasihat Komersial, Datuk Rosyam Nor bersama sukarelawan dan kariah masjid pada Korban Perdana2026 anjuran ikhlas.com di Masjid Nurul Islam Desa Pahlawan, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 27 Mei 2026 - Korban Perdana ikhlas.com 2026 mencatat pencapaian terbesar setakat ini, dengan lebih 4,200 keluarga dari kalangan asnaf setempat menerima manfaat hasil peningkatan ketara penyertaan pelanggan korporat pada tahun ini.

Program tahunan anjuran Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) yang berlangsung selama empat hari di sekitar Lembah Klang itu melibatkan lapan masjid dan surau, dengan pelaksanaan ibadah korban yang diperluaskan dari segi skala, lokasi dan jumlah penerima.

Sebagai nilai tambah kepada rakan masjid, ikhlas.com turut memperkenalkan inisiatif ‘lembu sado’ secara komplementari bagi setiap pembelian 10 ekor lembu korban — sekali gus meningkatkan lagi jumlah agihan daging kepada komuniti setempat.

Hasilnya, sebanyak sembilan ekor ‘lembu sado’ dengan anggaran berat kira-kira 1 tan seekor, berjaya dikorbankan dan diagihkan terus kepada asnaf, melengkapi agihan utama korban serta memperluas impak program secara menyeluruh. Selain itu, 1,000 bakul makanan berisi keperluan asas turut disalurkan, menjadikan pendekatan bantuan tahun ini lebih holistik dan berfokus kepada keperluan sebenar penerima.

Keterangan gambar: ‘Abang Mr Bean’ atau Mohd Nizam Mohamad Idrus antara penerima sumbangan daging korban ‘lembu sado’ dan bakul makanan.

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, pertumbuhan penyertaan korporat menjadi pemangkin utama kepada perluasan skala program pada tahun ini.

“Peningkatan sokongan daripada pelanggan korporat membolehkan kami melaksanakan korban pada skala yang lebih besar, sekali gus memastikan manfaatnya dapat diperluaskan kepada lebih ramai asnaf.

“Model pelaksanaan ini bukan sahaja memudahkan ibadah korban, tetapi turut mengoptimumkan impak agihan melalui kerjasama strategik bersama masjid dan komuniti setempat,” katanya.

Korban Perdana musim ketujuh ini melibatkan beberapa lokasi termasuk Masjid Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Masjid Pulau Meranti Puchong, Surau Nurul Ikhlas Seri Kembangan, Masjid Mahmoodiah Putrajaya, Surau An-Nur Seri Kembangan, Masjid Nurul Iman Tanjong Karang dan Surau Qardul Hassan Sungai Buloh.

Program ini turut dijayakan bersama Malaysian Humanitarian Aid and Relief (MAHAR), selain kerjasama dengan platform digital TheNoor bagi agihan tambahan di sekitar Subang dan Shah Alam dengan kehadiran selebriti Nora Danish dan Neelofa memeriahkan majlis.

Korban Perdana merupakan inisiatif tahunan ikhlas.com yang menghimpunkan rakan korporat, sukarelawan dan komuniti setempat dalam satu ekosistem pelaksanaan ibadah korban yang lebih tersusun, telus dan berimpak tinggi.

Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim, di samping perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, korban, aqiqah, sedekah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store

Previous
Previous

ikhlas.com’s Korban Perdana reaches largest scale yet, driven by surge in corporate participation

Next
Next

AirAsia MOVE, Intebix และ Solana Foundation ร่วมลงนามศึกษาความเป็นไปได้ในการผสาน Stablecoin เข้าสู่ระบบการท่องเที่ยวในคาซัคสถาน