ikhlas.com Travel inspirasikan percutian santai dengan kempen ‘Jalan Dekat-Dekat Je’
KUALA LUMPUR, 8 Mei 2026 - Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) memperkenalkan solusi percutian yang bebas tekanan dan komprehensif untuk pengembara yang mementingkan bajet menerusi kempen terbaharu ‘Jalan Dekat-Dekat Je’ - direka untuk menjadikan percutian lebih mudah dan santai.
Dengan tumpuan kepada destinasi negara jiran yang popular seperti Indonesia dan Vietnam, kempen ini menawarkan pakej percutian persendirian yang diatur khas bagi memenuhi keperluan kumpulan pengembara kecil mahupun besar. Setiap pakej merangkumi pengangkutan lapangan terbang, pengangkutan peribadi bersama pemandu pelancong, penginapan, sajian penuh harian serta tiket masuk ke tarikan terpilih.
Sesuai untuk beristirahat bersama keluarga atau percutian dengan rakan-rakan, ikhlas.com Travel memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia merancang lebih awal tanpa kos permulaan yang tinggi dengan deposit serendah RM365 sahaja seorang.
Kempen ‘Jalan Dekat-Dekat Je’ turut menawarkan promosi ‘Beli 4, Diskaun RM1,000’ dengan minimum tempahan empat pengembara ke Indonesia, menampilkan percutian persendirian ke Lombok selama 4 hari 3 malam (4H3M), Jogjakarta (4H3M), Jakarta Bandung (4H3M) dan Labuan Bajo (3H2M) bermula serendah RM1,490 seorang. Promosi berlangsung sehingga 20 Mei 2026.
Destinasi seterusnya ialah Vietnam dengan pilihan percutian ke Ho Chi Minh City, Da Nang & Hoi An, Phu Quoc serta Hanoi & Ha Long Bay bermula serendah RM1,350 seorang. Promosi ini berlangsung dari 21 Mei hingga 11 Jun 2026.
Para pengembara boleh mula menempah percutian pilihan mereka untuk terus bercuti sekarang hingga 31 Disember 2026, dengan fleksibiliti untuk merancang percutian semasa cuti sekolah, hujung minggu atau percutian spontan.
Untuk menempah, orang ramai boleh melayari ikhlas.com/travel atau menggunakan aplikasi ikhlas.com untuk mula merancang percutian seterusnya.
Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim, di samping perkhidmatan patuh Syariah seperti zakat, qurban, aqiqah, sedekah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store.