ikhlas.com lancar ‘Jejak Tamadun Mesir’ bersama penyanyi Mesir Mostafa Atef

Penyanyi Mesir, Mostafa Atef mempersembahkan selawat dan lagu-lagu Islamik di dalam bas KL Hop-On Hop-Off sambil menyusuri sekitar pusat bandar Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 27 OGOS 2026 Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (ikhlas.com) hari ini memperkenalkan ‘Jejak Tamadun Mesir: 8H6M Cairo bersama Mostafa Atef’, sebuah pengalaman pelancongan khas yang menggabungkan warisan Islam, sejarah dan kerohanian di bumi Kaherah, Mesir.

Pelancaran pakej pelancongan ini diadakan bersempena ‘Mostafa Atef: Salawat On The Move’, ini memperkenalkan pengalaman perjalanan untuk meneroka Mesir, bersama penyanyi Mesir, Mostafa Atef, yang merupakan penyanyi Mesir yang mempunyai gaya tersendiri dalam menyampaikan selawat dan muzik Islamik.

Dari kiri: Ketua Komersial ikhlas.com, Mohd Wafiyudin Mustakim Safawi; pelakon dan pelawak Malaysia, Atu Zero; Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin; penyanyi Mesir, Mostafa Atef; pempengaruh, Jalil Razak; dan Ketua Mutawif dan Penasihat Syariah ikhlas.com, Iqbal Haniff.

Pakej 8H6M yang akan berlepas pada 10-16 Oktober 2026, menawarkan pengalaman perjalanan mesra Muslim menerokai mercu tanda ikonik serta warisan sejarah kota tersebut, termasuk Piramid dan Sphinx serta Masjid Al-Azhar, di samping peluang untuk menikmati pengalaman budaya dan sejarah. 

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata, “Mesir merupakan sebuah destinasi yang kaya dengan sejarah serta mempunyai hubungan yang begitu erat dengan tamadun Islam. Menerusi Jejak Tamadun Mesir, ikhlas.com mahu memberikan peluang kepada para pelancong untuk mengenali Kaherah bukan sekadar sebagai destinasi pelancongan, tetapi juga sebagai sebuah tempat yang sarat dengan sejarah, ilmu pengetahuan dan kebudayaan.

“Dengan adanya Mostafa Atef dalam perjalanan ini, pengalaman tersebut pastinya menjadi lebih bermakna, khususnya bagi mereka yang sukakan selawat dan muzik berunsurkan Islam. Kami berharap perjalanan ini dapat memberi inspirasi kepada pelancong untuk melancong dengan lebih bermakna, di samping meneroka kekayaan warisan Mesir,” katanya.

Penyanyi Mesir, Mostafa Atef mempersembahkan selawat dan lagu-lagu Islamik di dalam bas KL Hop-On Hop-Off di Pavilion Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mostafa Atef berkata, “Saya amat gembira dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ke Mesir bersama ikhlas.com. Saya berharap perjalanan ini dapat memberi peluang kepada semua untuk mengenali Mesir dari perspektif yang berbeza, memperdalam penghargaan terhadap kekayaan warisannya serta mencipta kenangan yang akan kekal di hati.”

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, para tetamu dan wakil media turut berpeluang menyertai ‘Salawat On The Move’, sebuah perjalanan selawat istimewa menaiki bas KL Hop-On Hop-Off bersama Mostafa Atef, yang membawa para peserta menyusuri beberapa mercu tanda ikonik Kuala Lumpur, bermula dari Halab Gate Restaurant, sebelum meneruskan perjalanan ke KL Tower, Central Market, Dataran Merdeka, Petronas Twin Tower dan Pavilion Kuala Lumpur. Inisiatif ini mencerminkan semangat Maulidur Rasul dengan menggalakkan penghayatan dan ingatan terhadap Nabi Muhammad SAW melalui selawat, apabila para peserta bersama-sama berselawat sepanjang perjalanan di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. 

Penyanyi Mesir, Mostafa Atef bersama penyanyi Malaysia, Zizi Kirana.

Sesuai untuk percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan, ikhlas.com Travel menawarkan pakej 8H6M Cairo pada harga RM 6,990 seorang, sekali gus memudahkan lebih ramai pengembara merancang perjalanan lebih awal tanpa memerlukan bayaran pendahuluan yang tinggi, dengan deposit serendah RM 365 seorang. 

Para pelancong boleh membuat tempahan percutian pilihan mereka untuk perjalanan dalam masa terdekat dengan mengunjungi ikhlas.com/travel atau memuat turun aplikasi ikhlas.com untuk mula merancang perjalanan.

Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim, di samping perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, korban, aqiqah, sedekah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store

Next
Next

ikhlas.com launches ‘Jejak Tamadun Mesir’ with Egyptian singer Mostafa Atef