Dapatkan mata ganjaran anda semula! AirAsia rewards melancarkan Points Booking dengan 50% pulangan mata ganjaran sehingga 30 September

Ahli dapat menikmati nilai yang lebih hebat dengan peruntukan khas bagi tebusan tempat duduk penerbangan yang tersedia sekurang-kurangnya 30 hari sebelum berlepas

KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER 2026 – AirAsia rewards, program kesetiaan and ganjaran di bawah Capital A, telah melancarkan ciri Points Booking, satu pengalaman yang ditambah baik dengan peruntukan khas bagi tempat duduk penerbangan AirAsia 30 hari sebelum waktu berlepas. Penambahbaikan ini memberikan nilai yang lebih hebat dan lebih kepastian buat para ahli bagi merancang perjalanan mereka menggunakan mata ganjaran AirAsia (AirAsia points).

Sempena meraikan pelancaran ini, AirAsia rewards menawarkan pulangan mata ganjaran (pointsback) sebanyak 50% bagi semua penebusan penerbangan yang layak yang dibuat dari sekarang sehingga 30 September.

Para ahli boleh menebus penerbangan di seluruh rangkaian AirAsia, termasuk destinasi domestik dan antarabangsa. Tambang penebusan merangkumi tambang asas penerbangan, cukai dan caj, dengan pilihan nilai hebat seperti Kuala Lumpur - Johor Bahru bermula dari hanya 4,980 mata ganjaran (0 mata ganjaran untuk tambang asas + 4,980 mata ganjaran untuk cukai dan caj, bernilai RM 49.80) dan Kuala Lumpur ke Pekanbaru daripada 17,300 mata ganjaran (1,000 mata ganjaran untuk tambang asas + 16,300 mata ganjaran untuk cukai dan caj, bernilai RM 173).

Ketua Kumpulan Program Kesetiaan AirAsia rewards, Shannon Liew berkata, "Di AirAsia rewards, kami sentiasa percaya bahawa pengalaman program kesetiaan haruslah mudah, memberi ganjaran dan menawarkan nilai yang berbaloi dan senang difahami. Dengan peruntukan tempat duduk khas yang kini tersedia melalui Points Booking, ahli boleh menikmati nilai yang lebih baik serta lebih yakin ketika merancang perjalanan mereka. Kami teruja untuk menawarkan 50% Pointsback (pulangan mata ganjaran) sehingga 30 September sempena pelancaran ini, memberikan ahli peluang yang lebih besar untuk memaksimumkan nilai AirAsia poin mereka. Sebagai contoh, penerbangan Kuala Lumpur–Johor Bahru memerlukan 4,980 AirAsia poin, dan ahli akan menerima kembali 2,490 mata ganjaran selepas kempen berakhir. 

Ciri Points Booking boleh diakses melalui aplikasi AirAsia MOVE. Ahli-ahli hanya memerlukan baki minimum 500 AirAsia poin untuk membuat penebusan sepenuhnya atau untuk sebahagian penempahan penerbangan dan membayar baki selebihnya dengan kad kredit. Ahli juga digalakkan untuk menukar mata ganjaran kad kredit atau mata ganjaran daripada program kesetiaan lain kepada AirAsia poin bagi menambah baki mata ganjaran ketika membuat penebusan melalui Points Booking.

Ikuti langkah-langkah mudah berikut untuk menebus penerbangan AirAsia menggunakan ciri Points Booking melalui aplikasi AirAsia MOVE:

Langkah 1: Klik tab "Points" di halaman utama aplikasi AirAsia MOVE.
Langkah 2: Skrol ke bawah ke tawaran dan pilih "Fly on Points Booking".
Langkah 3: Pilih destinasi dan tarikh perjalanan sekurang-kurangnya 30 hari sebelum waktu berlepas.
Langkah 4: Gunakan slider untuk melaraskan jumlah AirAsia poin anda, dan tekan "Redeem".

Mulakan perjalanan anda bersama AirAsia dengan menukarkan perbelanjaan harian kepada AirAsia poin melalui aplikasi AirAsia MOVE. Kumpulkan AirAsia poin dengan menukarkan mata ganjaran daripada bank dan program kesetiaan yang layak, serta melalui rakan niaga gaya hidup. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat serta Points Booking, sila layari pautan ini.

***TAMAT***


Previous
Previous

AirAsia rewards Hadirkan Points Booking dengan 50% Pointsback hingga 30 September

Next
Next

Get your points back! AirAsia rewards launches enhanced Points Booking with 50% pointsback until 30 September