AirAsia MOVE tambah dua syarikat penerbangan utama China, China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines
Lebih banyak pilihan untuk menerokai China, lawati bandar-bandar utama dan hab perniagaan ke destinasi pelancongan popular, menerusi AirAsia MOVE.
Kapsyen foto: (Dari kiri) Xiang Ming, Pengurus Besar China Eastern Airlines (Malaysia) dan Soumik Choudhury, Ketua Flybeyond, AirAsia MOVE.
KUALA LUMPUR, 28 September 2026 – AirAsia MOVE hari ini mengumumkan kerjasama langsung dengan dua syarikat penerbangan utama China iaitu China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines, sekali gus memperkukuh jaringan hubungan penerbangan antara Malaysia, China dan rantau ini.
Kerjasama ini mengukuhkan strategi AirAsia MOVE untuk memperluaskan hubungan secara langsung dengan syarikat penerbangan terkemuka dunia, selain memberikan lebih banyak pilihan penerbangan serta memudahkan perancangan perjalanan antara Malaysia dan China. Selain penerbangan, para pengguna aplikasi AirAsia MOVE juga boleh melengkapkan perjalanan mereka dengan tempahan hotel dan pelbagai keperluan perjalanan lain dalam satu platform.
Sempena kerjasama ini, China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines menawarkan tawaran penerbangan eksklusif untuk pengguna AirAsia MOVE bermula dari sekarang hingga 30 September 2026, untuk perjalanan dari sekarang hingga 4 November 2026. Pengguna boleh menikmati tambang pergi balik termasuk semua dari RM1,033 dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Qingdao, Wuhan, Changsha, Zhengzhou dan banyak lagi.
Dapatkan tambahan diskaun sehingga RM80 dengan perbelanjaan minimum RM1,000 menggunakan kod promosi GOCHINA, atau sehingga RM200 dengan perbelanjaan minimum RM1,800 menggunakan kod promosi FLYCHINA. Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran dan promosi ke China di sini.
Soumik Choudhury, Ketua Flybeyond, AirAsia MOVE, berkata: “Penambahan China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines mengukuhkan hubungan antara China dan Asia Tenggara, di samping mencerminkan capaian platform kami yang semakin meluas. Ketika kami terus membangunkan rangkaian jaringan hubungan syarikat penerbangan global, fokus kami adalah mudah: memberikan lebih banyak pilihan untuk para pengguna dan memudahkan keseluruhan perjalanan dirancang dalam satu platform. Kami berterima kasih kepada kedua-dua syarikat penerbangan atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan, ketika kami terus menghubungkan lebih ramai pengunjung ke seluruh rantau ini.”
Xiang Ming, Pengurus Besar China Eastern Airlines (Malaysia), berkata: “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan AirAsia MOVE dan menjadikan penerbangan kami lebih mudah diakses oleh pengembara menerusi platform ini. Pada musim perjalanan, China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines mengendalikan sehingga 121 penerbangan seminggu yang berlepas dari Malaysia, menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar-bandar utama termasuk Shanghai Pudong, Beijing Daxing, Hangzhou, Nanjing, Dalian, Kunming, Xi’an, Fuzhou, Changchun, Taiyuan, Lanzhou dan Wuhan, selain laluan dari Shanghai Pudong ke Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Kami berharap dapat meneruskan kerjasama rapat dengan AirAsia MOVE bagi memberikan lebih banyak pilihan, kemudahan dan nilai, di samping menyokong hubungan pelancongan dan perniagaan yang lebih kukuh antara kedua-dua pasaran.”
China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines menyertai 80 lagi syarikat penerbangan global terkemuka yang mempunyai kerjasama secara langsung dengan AirAsia MOVE. Melengkapkan kerjasama secara langsung ini, MOVE turut menawarkan pilihan daripada kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sahnya untuk dipilih oleh pengembara. Selain penerbangan, platform ini turut menawarkan akses kepada lebih sejuta hotel, tempahan kenderaan ke lapangan terbang, tiket aktiviti tarikan, jualan barangan bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan dan banyak lagi.
Syarikat penerbangan yang berminat untuk disenaraikan di platform OTA MOVE boleh melayari di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengemukakan butiran.
Untuk mendapatkan perkembangan terkini, ikuti @airasiamove di Instagram dan TikTok. Muat turun aplikasi melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lancar dan dipertingkatkan.
*** TAMAT ***