AirAsia MOVE dan Korea Tourism Organization jalin kerjasama pacu pelancongan melangkaui Seoul, sokong pertumbuhan pelancongan domestik Korea Selatan

Kempen bersama bertujuan meningkatkan ketibaan pelancong antarabangsa ke Korea Selatan dengan mempromosikan Jeju, Busan dan destinasi lain yang semakin popular.

Kapsyen foto: (Dari kiri) Lim Ben-Jie, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Kerjasama AirAsia MOVE; Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE; Shin Jung Hun, Pengarah Urusan Korea Tourism Organization (Malaysia); dan Choi Chan, Pengarah Pemasaran Korea Tourism Organization (Malaysia).

KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2026 – AirAsia MOVE (MOVE) dan Korea Tourism Organization (KTO) menjalinkan kerjasama strategik bagi menggalakkan pelancong antarabangsa meneroka lebih banyak destinasi di Korea Selatan dengan melanjutkan perjalanan mereka melangkaui Seoul, sekali gus mempromosikan rangkaian pelancongan domestik negara itu menerusi kempen berteraskan destinasi, pengalaman perjalanan terpilih serta tawaran eksklusif.

Kerjasama ini dibina berasaskan komitmen bersama MOVE dan Korea Tourism Organization (KTO) untuk menggalakkan pelancong meneroka lebih banyak destinasi di Korea Selatan, melangkaui bandar-bandar utama. Dengan menghubungkan pelancong antarabangsa ke pelbagai destinasi domestik di Korea Selatan, kerjasama ini bertujuan menjadikan pengalaman meneroka destinasi serantau lebih mudah diakses, di samping mengetengahkan keunikan landskap, budaya dan komuniti tempatan negara itu.

Seiring dengan peningkatan tren para pelancong untuk mendapatkan pengalaman lebih autentik di luar bandar-bandar utama, kerjasama ini menyokong aspirasi Korea Selatan untuk menerima lebih ramai pelancong antarabangsa dengan memudahkan mereka meneroka destinasi domestik seperti Jeju dan Busan. Dengan memanfaatkan capaian serantau serta ekosistem perjalanan digital MOVE, bersama kepakaran KTO dalam bidang destinasi, kerjasama ini bertujuan mengagihkan manfaat pelancongan dengan lebih menyeluruh, sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang kepada perniagaan dan komuniti tempatan.

Nadia Omer, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia MOVE, berkata: “Bagi orang ramai, Korea Selatan bermula dengan Seoul. Namun, jiwa sebenar negara ini terserlah di luar ibu negaranya, menerusi destinasi seperti Busan, Gyeongju, Jeonju, Gangneung dan Jeju, yang masing-masing menawarkan pengalaman yang meninggalkan kesan mendalam. Korea Selatan juga telah menjadi jambatan budaya melalui kisah, muzik dan makanannya, yang memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk merasai sendiri pengalaman di destinasi ini.

“Semangat untuk meneroka inilah yang menjadikan kerjasama kami dengan Korea Tourism Organization begitu bermakna. Bersama-sama, kami mahu memberi inspirasi kepada lebih ramai pelancong untuk melihat melangkaui destinasi yang sudah biasa, meneroka pelbagai sisi Korea Selatan dan meneruskan perjalanan penemuan ini bersama-sama.”

Pengarah Urusan Korea Tourism Organization, Encik Shin Jung Hun, berkata: “Dengan menggabungkan rangkaian penerbangan AirAsia yang meluas dengan keupayaan pemasaran yang kukuh menerusi platform AirAsia MOVE, kami yakin dapat memperkenalkan pelbagai tarikan di destinasi seluruh Korea Selatan untuk pelancong dari Malaysia dan Asean. KTO dan AirAsia MOVE akan terus bekerjasama rapat menerusi pelbagai kempen pemasaran bersama, dan kami berharap dapat menerima sokongan berterusan daripada para pelancong.”

Menerusi kerjasama ini, MOVE turut melancarkan kempen promosi terhad yang menawarkan penjimatan eksklusif untuk perjalanan domestik di seluruh Korea Selatan:

  • Kod promosi [JEJU200]: Diskaun RM200* untuk penerbangan domestik ke Jeju dengan perbelanjaan minimum RM250;

  • Kod promosi [KRDOM150]: Diskaun RM150* untuk penerbangan domestik dalam Korea Selatan dengan perbelanjaan minimum RM200;

  • Kod promosi [KRHOTEL]: Nikmati diskaun hotel sebanyak 6%, sehingga RM200* untuk penginapan di seluruh Korea Selatan.

Promosi ini berlangsung mulai sekarang sehingga 6 Disember 2026, bagi perjalanan sehingga 31 Mac 2027.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini, ikuti @airasiamove di Instagram dan TikTok. Muat turun aplikasi melalui Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery untuk pengalaman tempahan yang lancar dan dipertingkatkan.

*Tertakluk terma dan syarat.

Previous
Previous

AirAsia MOVE and Korea Tourism Organization partner to drive travel beyond Seoul, supporting South Korea's regional tourism growth

Next
Next

AirAsia MOVE 携手韩国旅游发展局推动首尔以外地区的旅游,助力韩国区域旅游发展